WELCOME TO
PERSATUAN MOTORSIKAL DARUSSALAM

Persatuan Motorsikal Darussalam yang terkenal dengan nama PEMODA telah ditubuhkan pada tahun 1996. Hari persatuan ini ialah pada 18hb April. Persatuan ini adalah persatuan motorsikal yang pertama didaftarkan di Negara Brunei Darussalam. Bermula dengan 30 orang penunggang motorsikal berkuasa tinggi tertubuhlah persatuan yang menjurus kepada perpaduan yang menyatupadukan penunggang penunggang motorsikal berkuasa tinggi di negara ini. Dengan moto "bersepadu", persatuan ini terus bangkit dan bergerak selari dengan arus permodenan semasa untuk duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi dengan persatuan persatuan motorsikal diseluruh kepulauan Borneo dan Negara Negara Asean. Read more