History

RISTAAN SEJARAH PERSATUAN MOTORSIKAL DARUSSALAM

Persatuan Motorsikal Darussalam yang terkenal dengan nama PEMODA telah ditubuhkan pada tahun 1996. Hari persatuan ini ialah pada 18hb April. Persatuan ini adalah persatuan motorsikal yang pertama didaftarkan di Negara Brunei Darussalam. Bermula dengan 30 orang penunggang motorsikal berkuasa tinggi tertubuhlah persatuan yang menjurus kepada perpaduan yang menyatupadukan penunggang penunggang motorsikal berkuasa tinggi di negara ini. Dengan moto “bersepadu”, persatuan ini terus bangkit dan bergerak selari dengan arus permodenan semasa untuk duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi dengan persatuan persatuan motorsikal diseluruh kepulauan Borneo dan Negara Negara Asean.

PEMODA adalah persatuan motorsikal yang tertua dan terbesar diseluruh kepulauan Borneo. Penglibatan persatuan ini didalam acara acara kenegaraan, konvoi diluar negara serta apa jua aktiviti aktiviti permotoran sememangnya tidak dapat disangkalkan atau dipertikaikan lagi. PEMODA mempunyai ahli ahli yang aktif didalam menyokong apajua perancangan jangka panjang persatuan ini. Profesionalisma serta komitment yang tinggi daripada ahli ahlinya memberikan impak yang sangat positif kepada perkembangan dan memudahkan pemimpin persatuan ini untuk menyambung kesinambungan pemimpin pemimpin terdahulu didalam persatuan ini.

Yang Dipertua PEMODA adalah pemimpin serta peneraju hala tuju persatuan ini didalam menempuh kederasan angin dan arus kemajuan semasa. Kebijaksanaan mantan mantan pemimpin inilah yang membawa persatuan ini melangkah kehadapan dan bertahan hingga ke hari ini. Persatuan Motorsikal Darussalam akan terus bertahan sebagai persatuan yang teraktif, tertua dan terbesar diseluruh kepulauan Borneo. Semoga Allah Taala mengekalkan persatuan ini sebagai persatuan motorsikal yang terunggul di seluruh kepulauan Borneo. Amin

SEJARAH / HISTORY
Persatuan Motorsikal Darussalam didaftarkan secara rasmi kepada Pendaftar Persekutuan-Persekutuan, Polis Diraja Brunei pada 17hb Januari 1996. Dengan moto “BERSEPADU”, persatuan ini adalah persatuan motorsikal yang pertama didaftarkan secara rasmi di Negara Brunei Darussalam.
Darussalam Motorcycle Association was officially registered to Registrar Of Society, Royal Brunei Police Force on 17th January 1996. With the motto “TO UNITE”, this association was the first registered motorcycle association in Negara Brunei Darussalam.

MISI / MISSION
Menyatupadukan pengemar-pengemar motosikal berkuasa tinggi di Negara Brunei Darussalam dengan membentuk satu persatuan yang bermutu tinggi bagi menyertai dan sekaligus mewakili negara bagi acara-acara di dalam dan luar negara.
To unite all big bike enthusiasts in Negara Brunei Darussalam and to have a high quality association that can participate and represent the country in any national and international events.

VISI / VISION
Untuk diiktiraf sebagai persatuan motosikal yang terbesar di Negara Brunei Darussalam dan seluruh kepulauan Borneo menjelang tahun 2021.
To be recognised as the largest motorcycle association in Negara Brunei Darussalam and Borneo Island in the year 2021.


Slide1

Slide2Slide3Slide4Slide5Slide6


Comments are closed